PERNIAGAAN NISAN & KEPUK

Tentang Kami

Utama | Tentang Kami

Tentang kami

Info mengenai Batu Nisan & Kepuk

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. 

Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. 

Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman. 

Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. 

Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. 

Kebanyakkan batu nisan/nesan bagi perkuburan Islam diperbuat daripada Terrazo, Batu Marmar (Marble) ,Granite,Sungai/Gunung dan Kayu Cengal. Catatan pada batu nisan/nesan amat berguna bagi ahli sejarah dan ahli keluarga (salasilah). 

KEPUK pula dikenali sebagai “Binaan Pusara” dan “Kepungan Kuburan”, merupakan satu binaan kecil yang dibina di atas liang lahad seperti makam bagi menandakan sesebuah pusara. 

Kini terdapat banyak KEPUK jenis pasang siap telah digunakan secara meluas di tanah perkuburan Islam. 

Perniagaan Nisan & Kepuk

Manfaat Pembinaan KEPUK (jenis pasang siap) di pusara :

Ketahui manfaat pembinaan kepuk pada kubur, termasuk perlindungan struktur, keindahan estetik, dan penghormatan kepada si mati.

*KEPUK pusara ini boleh dibuka semula, jika tanah perkuburan itu telah penuh, dan dengan ini tidak menimbulkan sebarang masalah untuk menempatkan jenazah yang baru. 

Scroll to Top